Location

Address : No. 174, Jalan Samudera Selatan 7,
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)

Emel :
nurzimah@gmail.com

HALALAN TOYYIBAN, BERSIH, SELAMAT DAN DIYAKINI

"Wahai sekelian manusia makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (Surat Al Baqarah : 168)







Tuesday, January 27, 2009

CC UTK ANAK


CC utk anak jamu kenkawan di hostel.

KELAS BROWNIES & MUFFIN - 27/1/09





Dari Senawang toghobang ko Batukep...nak belajar wat brownies dan muffin kato ehhh.....tkasih banyaklah shiela oooiiiii.....dulu ekau customer den, la ni dah jadi anak murid den lak...hehehe...hahhh...takyah laie oda atau boli kat luar nun, buek ngabih duit yo...baik wat sendiri...hehehe

Sunday, January 25, 2009

KELAS CC - 26/1/09


Kelas cc untuk Umi dari Putrajaya....tkasih Umi sudi datang belajar ngan maklang walaupun jauh. Pada mulanya maklang sangka Umi takkan datang tapi tup tup terpacul lak depan pintu...gelabah le maklang kejap sbb brg baking sumer dah simpan..heheheh...takpe le...dah datang dari jauh tu kita teruskan pembelajaran. Maklang mohon maaf kalo terkasar bahasa ketika mengajar tu ye!

KELAS CC - 25/1/09



Kelas cc diminta oleh Azian dari Shah Alam dan Fitri dari Cheras. Nampaknya 2 sahabat ni punyai bakat yg terpendam.....tkasih kerana sudi belajar ngan maklang ye.

Saturday, January 24, 2009

SWISSROLL COKLAT


Jom kita wat sroll coklat. Swissroll coklat ini dari resepi swissroll batik jugak tapi utk dptkan swissroll coklat tepung dikurangkan dan diganti dengan koko powder.

SWISS ROLL BATIK COKLAT (loyang 8 x 11 inci)
Bahan-bahan :
3 biji telur B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung dan gantikan 1 1/2 sb dengan koko powder (jadikan jumlah tepung + koko = 1.5 oz shj)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
butter icing secukupnya
Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit) ...ketepikan.
- Masukkan mentega cair menggunakan spatula or whisker aje, kemudian kaup balikkan biar adunan rata.
- Ambil skit adunan coklat (utk wat design) dicampur dengan choc. emulco..dan msk dlm piping bag.
- Tuangkan adunan selebihnya dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan coklat tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 12 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream selama 2jam.
- Potong dan hidangkan.



KELAS MUFFIN - 24/1/09



Kelas muffin diminta oleh Elly dari Pantai Dalam dan Lyn dari Pandan Indah.
Tkasih kerana sudi belajar ngan maklang...salah silap mohon maaf ye!






ORDER




Kek oren ni ditempah oleh Hadiatul dari Sunway Batu Caves.
Bblueberry cistat, sroll coklat dan stroberi ni ditempah oleh Juliana dari ??? lupa lak nak tanya dari mana hehehe...sbb masa tu citer "isteri utk suamiku" jadi kelam kabut sampai terjatuh lak cistat tu...adehhh sib baik tak pecah..sori ye Ju..mklang memang tak boleh miss tgk citer Indon tu...ahahah...










Thursday, January 22, 2009

ORDER





50 cc Ben10 dan 50 cc Naruto ni diorder oleh Zee. Bila dpt order ni terpk lak dlm hati boleh ke aku melukis gambo kartun...tanya cust, dia kata tak kisah janji ada rupa maka ku gagahkan diri utk draw kartun kesukaan anaknya maka ni le hasilnya yg tak baper cun...abih camno, tangan ni bedung sebelah aje, lagi sebelah tak bedung, rimasss....heheh. Harap anak Zee suka le hendaknya ngan kartun ni...heheh..adehhh...wat gelak kat bebudak aje le kartun yg maklang wat ni kan.

Wednesday, January 21, 2009

MOIST CHOC. CAKE

Dulu mklang tepek gambo aje tanpa resepi...dah mklang mtk izin pd pemberi resepi dpt le greenlight... Resepi ni diberi oleh kawan maklang, Ros. Buatnya mudah aje dan rasanya sedap pd tekak maklang le kan...tekak korang tak tau le maklang..heheh..

MOIST CHOC. CAKE

BHN A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

Cara
Pukul gula + telur = kembang (high speed)
Masukkan susu pekat }
Masukkan minyak }low speed
Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
Bakar 40-45’

Tuesday, January 20, 2009

Teringat masa dulu, maklang betui2 meroyan wat brownies...hehehe...ni lagi satu brownies yg sedap utk dicuba.

Brownies
Sumber : kak mas

Bahan A - cairkan
150g butter
220g cooking choc.- ptg kecik2

Bahan B – gaulkan
260g brown sugar
2 biji telur
100g fresh milk
1st vanilla

Bahan C – ayak
200g tepung gandum
50g coco powder
1st baking powder
½ st soda bicarbonate
150g almond/walnut/pecan

Cara
1. Ayak bahan C, jika bubuh kacang, gaulkan dalam tepung yg diayak...masuk dlm mangkuk
2. Cairkan bahan A...dah cair tutup api..ketepikan dlm 2’
3. Bahan B – gaul dalam mangkuk sampai bercampur, jangan pukul kuat sekadar rata
4. Tuang campuran bahan B & C dalam A, gaul guna hand whisk
5. Tuang dlm bekas yg dilapik kertas
6. Bakar suhu 170C hingga masak

MOIST CHOC. BROWNIES

Brownies yg very simple to make and tasted delicious...I wouldn't put frosting ...if you like frosting, then add it, if not, leave it off ...cubalah buat....tengok picture aje tak best....wat telan air liur ajekan..hehehe...

Moist Choc.Brownies
Sumber : Roz (Rnet)

Bahan-bahan
1 ½ cawan (185 g) tepung serba guna
¼ cawan (30 g) serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bicarbonate
1 ½ cawan (205 g) macadamia nuts – dicincang
125 g butter
200 g coklat masakan, dicincang
1 cup (250 g) gula kastor
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan (90 g) krim masam (sour cream) (kalo takde, ganti ngan yogurt..takpun tibai je susu cair..hehehe)

Chocolate topping
150 g (5 oz) coklat masakan
½ cawan krim masam (sour cream)

Caranya:
* Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.
* Masukkan 1 cawan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah.
* Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.
* Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.
* Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.
* Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.
* Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).
* Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.

Cara membuat topping:
* Cairkan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
* Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
* Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan macadamia nuts yang berlebihan.
* Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Variasi: Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim

MUFFIN FOR KINDER

Muffin cchip ni utk anak maklang bawa ke kinder....kasi kenkawan dan cikgu makan.


Monday, January 19, 2009

CREAM PUFF


Krim Puff
Sumber : Mok_Nik / fp mamafami

Bahan-bahan :
70g majerin
140g tepung gandum
4 biji telur
200ml air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :
1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan majerin.
2. Bila majerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mixer. Campurkan vanilla dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati, masukkan dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit.
7. Setelah sejuk, belahkan di tengah, tetapi jangan sampai putus. Masukkan inti. Jika suka, curahkan coklat masakan yang telah dicairkan diatasnya.

Inti Kastad Oren
Bahan-bahan :
3 auns jus oren (mama campurkan Sunquick dengan air ikut kemasaman yang dikehendaki)
6 auns susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu kecil parutan kulit limau
1 sudu besar majerin
2 sudu besar tepung kastad

Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung kastad (sedikit demi sedikit) dengan susu hingga sebati.
2. Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
3. Masakkan campuran tadi di atas api yang kecil hingga pekat. Alihkan dari api dan biarkan sejuk sebelum digunakan

Saturday, January 17, 2009

KELAS MUFFIN & SROLL - 18/1/09



Sebenarnya maklang cukup rasa terharu ye ada dikalangan peserta sanggup datang dari jauh untuk mendalami dunia baking....tkasih le bebanyak ye sbb sudi turun ke Batu Caves utk belajar ngan maklang.

Ok..peserta kali ni kembar mklang...kembar nama aje ye..Azimah dari Pantai Dalam ingin belajar wat mufin dan sroll. Nampaknya muffin jadi ngan montok sekali ye dan sroll lak cuma sroll pandan tu nampaknya kurang cantik skit sbb kulitnya mengalami kelecuran..hehehe..takpe ye Azimah...practice make perfect...maklang rasa ko boleh buat lebih cantik drp ini...bab menggulung tu memang kena byk bersabar lebih2 lagi pestimer...jgn gopoh tika nak menggulung tu ye.

KEK ZEBRA


Kek Zebra
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (mklang guna 4 biji telur)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk koko
4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Hirisan badam/ badam cincang

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".

2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.

3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.

4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.

6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.

7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.

8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:

1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.

2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.

3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.

4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.

5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain

Friday, January 16, 2009

KELAS SWISSROLL - 17/1/09


Gee dari Keramat dah penah datang dulu...kali ni nak belajar mengerol kek lak. Separuh dari kek blueberi tu dah kena telan dek 2 beranak ni so nampak pendeklah skit srollnya.....heheheh....sedap ye...pasni praktis mengerol lak kat umah...kasi lembut skit tangan tu terutama bab nak menggulung tu ye...lemah gemalai gitewwww.......ala2 org menari makyong tu le....hehehe

ORDER



Nik, regular cust. mklang from Shah Alam order trifle orange, marble cheese brownies, muffin, irish n coconut
crunchy....mengidam ye Nik..hehehe...takpe...bb dlm peyut yg nak makan tu..layan aje leee...ahakkk....hehehe..
Ralat : gambo kukis lupa lak ambik....adehhhhhh...

Thursday, January 15, 2009

COCONUT CRUNCHY


Coconut Crunchy
sumber : baya

Bhn A
450gm tepung ubi (sangai)
150gm tepung gandum
1 tsp b.p

Bhn B
1 bji telur
200gm gula aising
110gm kelapa kering (toasted coconut)
300gm butter/ marjerin ( honey guna marjerin)
1 tsp esen vanila

Bhn Hiasan
Kuning telur
kelapa kering diwarnakan hijau

Cara
Ayak bhn A. Campurkan bahan A & B. Putar hingga sebati & menjadi doh
Canai & terap. sapu kuning telur & taburkan kelapa kering. bakar hingga masak

PLAIN BUTTER CAKE


Cuba tengok kek yg maklang wat ni satu ketika dulu....tertera kalimah.. seakan2 kalimah Allah....potongan kek yg lain takde cuma yg ni aje yg ganjil skit...sumer ini kebesaran Ilahi..subhanallahhhh...

Plain Butter Cake
Sumber : Bebop

Bahan A
250g butter
200g gula
210g tepung gandum } mklang guna self raising flour
1st baking powder }

Bahan B
5 biji telur

Cara
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160 C selama 50-6- minit atau uji dengan lidi dengan cucuk di bhg tengah kek. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.

Wednesday, January 14, 2009

SAMBAL TIGER PRAWN






Sambal Tiger Prawn

Sumber : cranko



1 kg tiger prawns - bersihkan (jgn buang kulit) dan cuci dan gaul dgn kunyit, garam dan sedikit gula (fungsi gula - tuk mengekalkan rasa udang dan juga agar isinya mampat)



Bahan2 kisar

2 gengam lada kering

8 ulas bawang putih

2 biji bawang besar (atau 15 ~ 18 biji bawang kecil)

sedikit halia

2 buah keras



Bahan2 lain

2 biji bawang besar - hiris bulat2

1/2 cwn air

2 sdm tomato puree

garam & gula secukup rasa



Cara

Panaskan minyak dan gorengkan udang tadi hingga 1/2 masak. Angkat dan ketepikan

Gunakan minyak tadi (kerana all the juices dari udang tadi yg tambah sedap sambal tu nanti) dan tambah minyak jika perlu, tumiskan bahan2 kisar di atas api yg sederhana hingga benar2 hilang bau cili mentah tadi. Bila lada tadi dah benar2 garing masukkan sedikit air, tomato puree, lada hiris dan sedikit air... biarkan mendidih seketika..... masukkan udang dan rasa garam dan gula. hidangkan

KEK BATEK

Kek Batik

Bahan
Biskut Marie - patahkan 4 (agak2 aje baper byk nak guna, jgn byk nanti tak boleh dikacau lak)
125g majerin
2 biji telur
3/4 cwn gula putih (nak manis tambah lagi)
1/2 cwn koko powder
1/2 cwn susu cair @ air biasa

Cara
Cairkan butter didalam periuk kemudian... masukkan koko dan kacau...guna api kecik.
Telur + gula, pukul ngan whisker dan masukkan dlm periuk tadi.
Masukkan sedikit susu cair @ air biasa.
Last sekali, masukkan biskut marie...gaul sampai kesemua biskut sebati...tutup api
Jgn biarkan biskut terlalu kembang. ngkat dan tuang dlm loyang yg dialas dengan alu.foil supaya kek tu tak melekat...
Tekan kek hingga padat. Masuk dalam fridge, dah keras baru potong menggunakan pisau tajam.
Hiaslah ikut suka hati.

Nota : nak masukkan nut, kelapa dan kismis dlm kek pun boleh jika suka..

TRIFFLE



Trifle
Sumber : kakliza

Bahan-bahan
1 bungkus kek swiss roll (mklang guna swisroll choc. dan coffee)
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry (mklang guna jelly kristal Nona)
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula 3 cawan susu segar (maklang guna susu cair)

Cara Memasak
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

GULAI LEMAK DAGING SALAI


Gulai lemak daging salai

Bahan
Daging salai (maklang rebus dan bakar atas dapur jer...dah bakar baru maklang hiris)

Bahan tumbuk/kisar halus :
cili padi
kunyit hidup
serai - titik
santan
bacang muda - hiris

Cara
Masukkan daging, santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk...didihkan. ...jangan sampai keluar minyak nanti tak sedap.

KUIH BAKAR KENTANG


Kuih Bakar Kentang
Sumber : brownies

BAHAN
6 biji kentang yg sederhana
3 biji telur
2 cawan gula pasir
3 cawan penuh tepung gandum
3 cawan santan (1 kotak santan + 2 cawan air) warna kuning/hijau
1 sudu makan penuh minyak sapi

CARA
1. kentang direbus dan setelah itu dikisar halus
2.telur dan gula di kacau hingga rata.. kemudian masukkan tepung dan santan, kacau hingga rata.. kemudian tapiskan adunan ini supaya jangan berbiji 3.tuang pula adunan tepung ke dalam kentang dan kacau sedikit sedikit hingga rata.
4.panaskan minyak sapi, setelah itu tuangkan ke dalam adunan kentang dan kacau supaya minyak bercampur rata dengan adunan.
5.loyang kuih bakar di sapu dgn minyak.. panas kan sebentar... baru tuang adunan tadi.. masak atas api yg kecil..
6. jika suka boleh taburkan sedikit bijan diatas.. adunan ni sangat pekat.. so jgn campur air lagik.. jika nak rasa durian/cempedak.. blend sedikit durian/cempedak bersama sedikit santan tadi..

CHOC. CHIP ALMOND MUFFIN

Choc.Chip Almond Muffin
Sumber : rinchan

BahanA (diayak)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam

BahanB (Dipukul hingga kembang)
2/3 cawan majerin
1 1/3 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar

Bahan C ( Digaul dengan sedikit tepung)
1/2 cawan choc chips
1/2 cawan kismis
1/2 cawan almond cincang (mklang tak letak)
* Sedikit choc chips dan almond slices utk ditabur atas muffin

Cara-cara :
1. Satukan A dan B. Kacau sebati. Masukkan C, Kacau guna spatula setakat sebati sahaja.
2. Masuk adunan ke acuan muffin 3/4 penuh. Tabur sedikit choc chips dan almond slices.
3. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 25min -30min, bergantung kepada oven masing-masing

CHOC. ROLL CAKE


Choc. Roll Cake
Sumber : yani

Bahan-bahan ( 30x30 cm )
4 biji telur
35g tepung gandum
15g serbuk koko
50g gula halus

Bhn. krim
125g cream cheese
150g fresh cream/ whipping cream
30g gula halus
1 sudu besar lemon jus

Cara-cara
Alaskan oven plate dengan baking paper.
Asingkan kuning dan putih telur.
Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko.
Panaskan oven sehingga 180C.
Pukul telur putih sehingga berbuih.
Kemudian masukkan gula sikit-sikit sebanyak 3 kali sambil dipukul.
Pukul sehingga kembang/bertanduk.
Masukkan kuning telur satu persatu.
Pukul dengan perlahan-lahan.
Masukkan tepung yg telah diayak tadi.
Kacau dengan spatula.
Tuang adunan ke dlm dulang oven dan ratakan.
Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Kemudian sejukkan.
Sementara itu sediakan krimnya.
Pukul cream cheese dan gula sehingga jadi lembut.
Kemudian masukkan fresh cream dan lemon jus.
Pukul lagi sehingga jadi bentuk krim.
Sapukan krim ke atas kek tadi. Kemudian gulung. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong.

MARBLE CHOC. CHEESECAKE




Marble Choc. Cheesecake

Sumber : roylazim



Bahan

A 180 gram mentega

20 gram serbuk koko, diayak

170 gram gula kaster

3 biji telur

120 gram tepung naik sendiri, diayak

1 sudu teh baking powder, diayak




Bahan B

250 gram krim keju

60 gram gula kaster

1 sudu teh esen vanilla

1 biji telur




Cara-caranya

1. Pukul butter and gula.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.

3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.

4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.

5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.

6. Tuangkan baki adunan A.

7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.

8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

MEE REBUS TULANG




Mee Rebus Tulang

Sumber : che iza



Bhn-bahan

600g mee kuning

taugeh

3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus

3-4 biji telur direbus

3-4 kpg tauhu di goreng

lada merah n bawang merah n limau kasturi



*Untuk Kuah

* 5 sb lada boh

*3-4 biji bawang merah

*3 ulas bawang putih

*2-3 batang serai

*1 inci lengkuas

*2 sb udang kering

2 sb campuran ketumbar jintan disangai

400 gm tulang rusuk ( takde tulang daging pun boleh) (mklng letak daging aje..)

1 1/2 cwn santan pekat

2 sb taucho

1 1/2 sb gula merah garam n perasa jika suka *maklang letak skit belacan



Cara-cara

Rebus tulang hingga empuk.... Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.... Kemudian masukkan santan pekat... Sementara itu dikuali lain... tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda *... masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak.... Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi..... Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka..... Biar hingga kuah pekat... (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah) Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis..... Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner.. letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... siap

KERABU MANGGA & SOTONG KERING


Kerabu Mangga & Sotong Kering
Bahan hiris :
Mangga
Bwg besar
Cili padi
Cili merah
Sotong kering (boleh juga gunakan sotong bergula yg dlm paket tu)
Bahan kisar Kacang tanah } disangai dan dikisar
Udang kering }
Garam
Gula
Perahan asam limau
Cara
Gaul kesemua bahan-bahan tadi sehingga rata. Jika kurang masam, perahkan asam limau.